Sejarah Sekolah

Sekolah Menegah Kebangsaan Gemas Rabu, 10 Februari 2010 3:36:00 PTG | 0 comments
SMK Gemas ditubuhkan pada awal tahun 1983. Pada awal penubuhnya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menegah Rendah Gemas. Kawasan yang seluas 16 ekar ini pada awalnya terdiri daripada 2 buah bangunan yang mengandungi 12 bilik darjah dan 3 bilik makmal sains. Sebuah padang yang boleh memuatkan trek 400 meter disediakan untuk murid-murid beriadah.
Pada tahun 1988 sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 4 buah bilik darjahtelah dibina. Ini diikuti pada tahun berikutnya dengan tambahan 4 buah bilik darjah lagi.
Pada tahun 1991, kerajaan telah memperuntukkan untuk pembinaan 12 bilik darjah, makmal sains dan bengkel kemahiran hidup.
Pada tahun 2009, SMK Gemas kini mempunyai sebanyak 26 bilik darjah, 6 makmal sains, 6 bengkel kemahiran hidup, 2 bengkel ERT, sebuah dewan besar, dewan terbuka, sebuah makmal komputer, 2 gelanggang bola tampar, 1 gelanggang tenis dan 1 gelanggang takraw.

Senarai Pengetua SMK Gemas

Sekolah Menegah Kebangsaan Gemas 3:26:00 PTG
Pengetua-pengetua Sekolah Menegah Kebangsaan Gemas terdiri daripada:
  1. Sahul B. Pier Muhamad (Tahun 1983-1986)
  2. Abd Rashid Wahid (Tahun 1986-1991)
  3. Teo Lay Swe (Tahun 1991-1994)
  4. Abd Razak b. Abu Samah (Tahun 1994-1999)
  5. Datin Azimah bt Alis (3 bulan)
  6. Md Fiah B. Md. Jamin (Tahun 2000-2004)
  7. Aisyah bt Abu Bakar (Tahun 2004-2006)
  8. Paramasivam (Tahun 2006-2007)
  9. Hjh. Rokiah bt Kmaruddin (Tahun 2007-kini)
© Copyright Reserved SMK Gemas | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft